Friendster Clocks at PingAFriend.com

Isnin, 7 Januari 2008

ada satu cerita

hmm.... hari nie aku belajar sesuatu. anda percaya pada perbuatan org x? what i meant is sihir...pada saya, saya percaya sebab saya sendiri pernah melihat keadaanya depan mata. tak payah tanyalah mcm mana SERAM gila.kejadian nie berlaku beberapa tahun lepas.(just nak kongsi pengalaman) ada sorang mak cik nie dia kata dia rasakan macam ada benda yang tak kena.mcm kena sihir...tapi kalau korang lah kan if someone tells you that dia kena sihir tengah malam, rasanya korang nak caya ke???mestilah tak... nie yang berlaku, bila dia sakit orang bwk dia pergi ke hospital. tapi bile dr. check dia, there's nothing happend to her body.. tapi yang peliknya dia makin kurus and nampak ill sangat. so keluarga dia pun hantar berubat tradisional... apa terjadi?? org yg ubat kan tu cakap dia kena perbuatan orang...tapi susah nak lawan sebab terlalu kuat...saya sendiri pernah tengok keadaan dia semasa sakit. sangat menakutkan. bayangkan muka arwah cengkung sangat and tangan dia lebam sana sini. bila arwah try cakap something, saya sendiri tak paham. nak kata dia cakap jawa dia orang bugis. entahlah tapi yang pasti arwah bukan lagi seperti yang saya kenal. masa dia tengah tenat, kami semua(family saya)pergi rumah dia.muka dia cengkung sangat. ada seorang ustaz ni pulak cakap " ini bukan dia... ini orang lain ni " seram waktu tu bila dengar. akhirnya arwah meninggal sehari selepas disahkan tenat teruk. waktu nak mandikan mayat dia, muka dia tidak lagi macam waktu dia sakit dulu. muka dia cerah sangat, macam dia pergi dengan aman... sejak hari itu saya sedar benda-benda ini semua ada dalam dunia cuma kita tak tahu dan tak confirm boleh lawan. tapi yang pasti kalau kita beriman pada Allah, dan kita percaya akan kewujudan dia maka kita akan terpelihara walaupun kita diazab atau dikhianati oleh manusia di bumi ini....renungkanlah

Ahad, 6 Januari 2008

selamat datang 2008

Pejam celikpejam celik kita sekarang sudah melangkah ke tahun baru. tak sangka kan begitu cepat masa berlalu. tapi adakah azam 2007 kita tercapai? bagi saya azam yang lepas sudah tercapai. pertamanya saya ingin perbaiki diri dan menjadi orang yang disayangi. saya rasa dah tercapai yang ini. kedua, saya ingin menjadi seoarang pendebat yang baik. hm.. yang ini belum cukup baik sebabnya saya tak berjaya membawa team saya ke final. tapi nak ucapkan terima kasih buat kawan seperjuangan sebab tak pernah buat saya putus asa untuk mencuba. yang ketiga, saya nak dapat keputusan cemerlang dalam SPM... hah yang ini belum lagi termakbul, tapi saya cukup berdebar menantikan keputusannya.
Apa-apapun jika azam 2007 tidak kesampaian, janganlah kita berputus asa kerana bukan semua perancangan kita akan termakbul dan ingatlah kita hanya mampu merancang....