Friendster Clocks at PingAFriend.com

Ahad, 6 Januari 2008

selamat datang 2008

Pejam celikpejam celik kita sekarang sudah melangkah ke tahun baru. tak sangka kan begitu cepat masa berlalu. tapi adakah azam 2007 kita tercapai? bagi saya azam yang lepas sudah tercapai. pertamanya saya ingin perbaiki diri dan menjadi orang yang disayangi. saya rasa dah tercapai yang ini. kedua, saya ingin menjadi seoarang pendebat yang baik. hm.. yang ini belum cukup baik sebabnya saya tak berjaya membawa team saya ke final. tapi nak ucapkan terima kasih buat kawan seperjuangan sebab tak pernah buat saya putus asa untuk mencuba. yang ketiga, saya nak dapat keputusan cemerlang dalam SPM... hah yang ini belum lagi termakbul, tapi saya cukup berdebar menantikan keputusannya.
Apa-apapun jika azam 2007 tidak kesampaian, janganlah kita berputus asa kerana bukan semua perancangan kita akan termakbul dan ingatlah kita hanya mampu merancang....

Tiada ulasan: